GLOBALSELANGOR

Selangor mahu jadi wujudkan Pusat Kebudayaan Melayu Nusantara

OLEH AFIX REDZUAN

LOMBOK, INDONESIA, 18 DIS: Negeri Selangor berhasrat mewujudkan sebuah Pusat Kebudayaan Melayu yang merangkumi sejarah dari akar umbi dari kepulauan Nusantara sejak sekian lama.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Datuk Paiman Keromo berkata, pusat kebudayaan itu akan ditempat di Selangor namun ia perlu diperhalusi terlebih dahulu menerusi kajian mendalam mengenai rumpun Melayu daripada beberapa negara dan tampil dengan garis panduan khusus supaya kesahihan sesuatu bukti peradaban serta tradisi asal Melayu tidak dipertikaikan kelak.

“Kita akan merangka garis panduan untuk perkukuhkan hasrat ini supaya sejarah bangsa Melayu bukan sahaja ada di Nusantara tetapi di seluruh dunia.

“Kita akan membuat tinjauan lokasi mempunyai rumpun Melayu seperti di Pulau Jawa, Sumatera dan Sulawesi.

“Kalau kita tidak melihat dari akar umbi, kita tidak akan dapat melihat perbezaan walaupun ada titik pertemuan antara kita,” katanya kepada SelangorKini.

Menurutnya, selain Indonesia, kajian juga turut melibatkan beberapa negara di asia yang lain seperti Thailand, Kemboja termasuk Sri Lanka.

“Pelbagai aspek cuba didekati. Jika tidak digabungkan mengikut geografi, maka ia akan pupus. Kita mahu usaha ini akan diturunkan kepada generasi akan datang supaya mereka mengetahui sejarah dan susur galur Melayu itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini, PADAT sudah melakukan kunjungan di Jakarta dan Jogjakarta bagi mengkaji tradisi Melayu di sini.

Selain itu, tumpuan kajian juga akan diberikan mengenai budaya yang diamalkan sejak lahir sehingga meninggal dunia serta perkembangan bahasa kerana setiap lokasi kewujudan rumpun Melayu mempunyai perbezaan serta keunikan tersendiri.

“Bulan Januari ini kita akan muka bergerak dengan memanggil beberapa wakil bagi memgeluarkan garis panduan yang dimaksudkan.

“Kita mahu kalau boleh ada satu pelancaran khas di seluruh negara terlibat pada tarikh dan masa yang sama,” katanya.

Sebelum itu, Paiman yang mengetuai Deligasi Negeri Selangor dan Nusa Tenggara Barat (NTB) yang diwakili Budayawan terdiri daripada Catur Kukuh, Hasanain dan Auliya Ridwan mengadakan satu perbincangan serta pertukaran pandangan khusus mengenai kebudayaan Melayu Selangor-NTB.


Pengarang :