SELANGOR

The Mandalika’ potensi pelaburan industri pelancongan

OLEH AFIX REDZUAN

LOMBOK, INDONESIA, 17 DIS: Deligasi Negeri Selangor memulakan hari kedua lawatan kerja di Lombok, Indonesia dengan menghadiri Investment Forum Promosi Investasi Komoditas Potensial Provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB) di Novotel Resort, Mandalika.

Sesi pengenalan dimulakan dengan ucapakan Kepala Dinas Penanaman Modal PTSP Provinsi NTB, Lalu Gita Aryadi dan disusuli Kepala Dinas Perhubungan Provinsi NTB, Lalu Bayu Windia dengan masing-masing memberikan penerangan berhubung peluang pelancongan serta pertanian yang boleh dikembangkan menerusi jalinan bersama Kerajaan Negeri Selangor.

Mandalika merupakan antara lokasi tumpuan pelaburan baharu dengan perkembangan industri perhotelan yang menyajikan pemandangan indah pesisir pantan dan mampu memberikan pulangan jangka panjang.

Deligasi Negeri Selangor diketuai Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah dan EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari turut dibawa melawat lokasi ‘The Mandalika’, lokasi tumpuan industri pelancongan yang sedang dibangunkan.

Indonesia Tourism Development Corporation (ITDC) yang bertanggungjawab membangunkan ‘The Mandalika’ dengan keluasan tanah 1,175 hektar.

President Director, Abdulbar M. Mansoer bersama Director of Construction & Operation, Ngurah Wirawan turut memberikan penjelasan mengenai pelan pembangunan ‘The Mandalika’ dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke sini.

Difahamkan setakat ini hampir 100 pelabur sudah datang bagi melihat potensi ekonomi dan pelancongan dengan 10 daripadanya berhasrat untuk menandatangani Letter Of Intent (LOI).

Setakat ini, Hotel Pullman sedang dibangunkan manakala Masjid Nurul Bilad sudah siap sepenuhnya.

Dalam lawatan sama, deligasi turut diterangkan mengenai projek pembangunan Terminal Gilimas daripada wakil Pelindo III, Super Intendent Operation Herwin.

Tourism Selangor yang diwakili Fadhirul Anuar Salleh turut memberikan penerangan ringkas berhubung lokasi pelancongan menarik di Selangor yang turut menyumbang 23 peratus daripada jumlah keseluruhan pelancong di Malaysia.


Pengarang :