PUTRAJAYA, 27 Julai — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berucap pada Majlis Perasmian Persidangan dan Majlis Sambutan Hari Tanah Negara 2018 bertemakan ‘Meneroka Peluang Baharu Pembandaran Negara’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

TPM: Perbezaan kaum perlu dirai, zahir suasana harmoni

KUALA LUMPUR, 31 DIS: Perbezaan antara kaum perlu dirai dan bukan dijadikan faktor menjarakkan jurang antara rakyat negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbezaan itu menjadikan Malaysia sebuah negara unik, lebih indah dan berwarna-warni.

“Sebenarnya banyak ruang persamaan dan kerjasama yang boleh kita fikir dan laksana daripada hanya disibukkan dengan perbezaan antara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Krismas dan Tahun Baharu Parlimen Pandan di sini.

Katanya, majlis yang dihadiri pelbagai kaum dan agama itu merupakan manifestasi suasana harmoni yang perlu terus dipelihara, dihargai dan dihayati semua generasi.

“Walaupun kita berbeza budaya, adat, kepercayaan, agama, pandangan dan pelbagai lagi, namun ia tidak seharusnya menjarakkan jurang antara kita,” katanya.


Pengarang :