NASIONALSUKANKINI

Tun Mahathir harap Piala AFF Suzuki milik Malaysia

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 DIS: Skuad Harimau Malaya memperoleh suntikan semangat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang perlawanan akhir Piala AFF Suzuki apabila dijemput ke pejabatnya, di Putrajaya, petang ini.

Dalam pertemuan itu, perdana menteri berharap pemain Malaysia di bawah kendalian Tan Chen Hoe akan memberikan persembahan terbaik.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Malaysia yang akan memulakan aksi pertama, di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 11 Disember ini.

“Saya ingin mengucapkan tahniah atas permainan di Bangkok yang memberi tempat kepada kita ke final.

“Final nanti kita akan lawan Vietnam dan saya akan hadir, jangan kecewakan saya dan negara kita.

“Saya harap kita dapat menang dalam kedua-dua perlawanan,” katanya dipetik menerusi laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam pertemuan itu, Presiden FAM, Datul Hamidin Mohd Amin turut menghadiahkan jersi Skuad Kebangsaan nombor 7 kepada Dr Mahathir.


Pengarang :