SELANGOR

20 institusi Islam Klang terima sumbangan RM230,000

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 25 JAN: Sebanyak 20 institusi Islam di Klang menerima sumbangan sebanyak RM230,000 daripada Kerajaan Negeri.

Penerima terbabit terdiri daripada empat masjid yang masing-masing menerima sumbangan RM20,000 dan RM10,000.

Sementara itu, 12 surau dan empat KAFA intergrasi pula masing-masing menerima sumbangan RM10,000.

Sumbangan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari pada Program Solat Jumaat, Penyerahan Sumbangan dan Kenduri Rakyat Dato’ Menteri Besar Bersama Masyarakat Klang di Masjid Nurul Amin Kampung Delik di sini, hari ini.

Selain itu, Amirudin turut menyampaikan sumbangan sebuah ‘food truck’ sumbangan Lembaga Zakat Selangor kepada penerima iaitu dari kalangan asnaf di sini.


Pengarang :