PBTSELANGOR

6 jalan ditutup sempena Hari Tanpa Kenderaan 2019

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan mulai jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi bagi melancarkan penganjuran program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019, pada 13 Januari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan yang terbabit adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

“Program ini akan bermula di Dataran Kemerdekaan bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kota Shah Alam.

“Pihak Majlis juga memohon supaya pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya.

Sehubungan itu, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan dinyatakan pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa.


Pengarang :