7 UTC beroperasi hingga 10 malam | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

7 UTC beroperasi hingga 10 malam

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 JAN: Kementerian Kewangan menetapkan hanya tujuh Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terletak di pusat membeli belah akan beroperasi sehingga jam 10 malam, manakala selebihnya beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 7 malam.

Lokasi UTC itu adalah Shah Alam (Selangor), Keramat (Kuala Lumpur), Seremban (Negeri Sembilan), Alor Setar (Kedah), Johor Bahru (Johor), Kota Bharu (Kelantan) dan Kuala Terengganu (Terengganu).


Katanya, pertukaran waktu operasi itu turut dibuat sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan, berkuat kuasa 22 Januari 2019.

“UTC tetap beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan kerajaan.

“Waktu operasi UTC akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan pada masa sama, perbelanjaan kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga,” katanya dalam kenyataan.

Bagi UTC yang beroperasi sehingga jam 10 malam, waktu rehat adalah dari jam 7 hingga 8 malam, manakala pada hujung minggu, semua UTC beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang

Sebelum ini, kerajaan menetapkan waktu operasi UTC, di seluruh negara dari jam 8 pagi hingga 7 malam.

Bagaimanapun, maklum balas diterima daripada orang awam memohon supaya operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dibuka sehingga jam 10 malam.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next