NASIONAL

Akta SPRM diperkasa supaya dalang penyelewengan dihukum

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUTRAJAYA, 10 JAN: Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperkasakan lagi dengan menambah klausa yang membolehkan dalang utama di sebalik penyelewengan dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, berbanding ketika ini tindakan undang-undang agak sukar dikenakan kepada pihak terbabit.

“Kita juga ingin memasukkan peruntukan baharu dalam undang-undang mengenai tanggungjawab mendedahkan pihak penerima faedah ke dalam Akta SPRM kerana kita dapati kerap kali digunakan nama orang lain tetapi yang memiliki orang lain.

“Jadi kita buat undang-undang supaya kita dapat cekup orang sebenar yang terbabit,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Anti Rasuah (JBKAR) Kali Ke-6 di sini, hari ini.

Mesyurat membincangkan tujuh kertas kerja itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dr Mahathir berkata, mesyuarat itu turut membangkitkan rancangan meningkatkan ketelusan dan intergriti belanjawan serta menambah baik kaedah perolehan kerajaan.

Katanya, ketika ini jawatankuasa itu berjaya mencapai 61 inisiatif sejak ditubuhkan selepas Kerajaan Pakatan Harapan dibentuk


Pengarang :