Bekas ADUN Tahan meninggal dunia | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Bekas ADUN Tahan meninggal dunia

KUANTAN, 9 JAN: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Tahan, Datuk Ahmad Jaafar, yang juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, meninggal dunia awal pagi ini.

Rakan sejawatannya, Datuk Zailaludin Zainal berkata, Allahyarham ditemui meninggal dunia di bilik penginapannya di sebuah rumah inap di Sungai Koyan, Lipis oleh Setiausaha Politik Menteri Besar ketika cuba mengejut untuk solat Subuh.

“Difahamkan selepas pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, beliau masuk ke bilik kira-kira pukul 2.00 pagi.


“Namun, ketika hendak dikejutkan untuk menunaikan solat Subuh, Allahyarham didapati telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, punca sebenar Allahyarham meninggal dunia masih belum dapat dipastikan dan mayat dihantar ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat.

Difahamkan, jenazah selepas itu akan dibawa pulang dan dijangka dikebumikan selepas Zohor di kampungnya Bukit Genting, Jerantut.

Ahmad Jaafar pernah berkhidmat sebagai ADUN Tahan selepas memenangi pilihan raya umum pada 2004.

Al-Fatihah

– BERNAMA

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next