SELANGOR

Carlton Hotel tingkat hubungan, rai sektor kerajaan dan korporat

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 10 JAN: Carlton Holiday Hotel & Suites (Carlton Hotel) hari ini meraikan wakil sektor kerajaan dan korporat dalam satu majlis minum petang.

Pengerusi Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, Datuk Mohamad Shahaimi Othman berkata, selain meningkatkan hubungan Carlton Hotel dengan sektor berkaitan, majlis juga mampu mempromosikannya sebagai salah sebuah hotel menawarkan perkhidmatan berkualiti.

“Walaupun perkhidmatan ditawarkan berkualiti tetapi hotel ini menawarkan harga berpatutan untuk pelanggannya.

“Semoga hotel ini menjadi pilihan masyarakat dalam dan luar Selangor sebagai destinasi pilihan apabila menginap di Shah Alam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Minum Petang Carlton Hotel Bersama Sektor Kerajaan dan Korporat di hotel terbabit di sini, hari ini.

turut hadir, Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi; Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Junaidah Kiting dan Pengerusi Lembaga Pengarah Carlton Hotel merangkap Setiausaha Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor.

Sementara itu, majlis minum petang diadakan turut diserikan dengan pelbagai persembahan seperti tarian tradisional dipersembahkan kakitangan hotel sendiri.

Majlis juga dimeriahkan dengan pertunjukan ahli silap mata terkenal negara, Kenny Yas.


Pengarang :