GLOBAL

Enam cedera akibat letupan bom kereta di Peshawar

PESHAWAR, 5 JAN: Enam orang termasuk dua wanita mengalami kecederaan apabila berlaku letupan sebuah bom kereta di Peshawar, hari ini.

Laporan AFP memaklumkan, bagaimanapun semua mangsa dilaporkan stabil dan kejadian itu turut mengakibatkan beberapa kedai musnah di beberapa bahagian.

Ketua Polis Peshawar, Qazi Jamil-ur-Rehman berkata, kejadian itu berlaku apabila bom dipasang di dalam kenderaan meletup hingga sekumpulan mangsa tercedera.

Difahamkan, bahan letupan seberat 10 kilogram yang diubah suai itu dipasang di dalam sebuah kereta di sebuah kawasan dikenali sebagai Saddar.

Kenderaan yang meletup juga musnah secara keseluruhan dan hanya sebahagian kecil enjin yang tinggal.

Operasi tentera telah dilaksanakan di Peshawar dan kawasan berhampiran ekoran Pakistan sering menghadapi ancaman militan Islam sejak 2004.


Pengarang :