EPL: Jaringan lewat Winks pastikan kemenangan Spurs | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

EPL: Jaringan lewat Winks pastikan kemenangan Spurs

LONDON, 21 JAN: Jaringan Harry Winks pada lewat perlawanan memastikan Tottenham Hotspur menang 2 – 1 ke atas Fulham dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kemenangan dicipta pasukan diurus Mauricio Pochettino itu menyebabkan Dele Alli ditimpa kecederaan dan ketiadaannya dalam tempoh beberapa minggu akan datang memberi tamparan hebat buat Spurs yang bersaing dalam empat kejuaraan.

Sebelumnya, Spurs kehilangan khidmat Harry Kane hingga Mac akibat kecederaan ligamen buku lali dan Son Heung Min yang mewakili Korea Selatan dalam Piala Asia.


Begitupun, kejayaan mengatasi Fulham di Craven Cottage, melegakan Pochettino apabila pasukannya kekal dengan perbezaan tujuh mata berbanding pasukan di tingga kelima, Arsenal dan Manchester United bagi perebutan empat teratas liga.

Spurs akan bertemu Chelsea dalam separuh akhir kedua Piala Liga pada awal pagi Jumaat dengan kelebihan agregat 1 – 0 sebelum berdepan Crystal Palace pada pusingan keempat Piala FA minggu depan.

Kane dan Alli juga dijangka tidak cergas sepenuhnya ketika Spurs berdepan Borrussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara pada 13 Februari depan.

“Ia tidak membimbangkan kerana situasi itu membukan peluang kepada pemain lain untuk beraksi.

“Pastinya tanpa Kane dan Alli ia menjadi tidak mudah tetap kami perlu ke sana (ke Chelsea), cuba menang dan layak ke final,” kata Pochettino penuh optimis, lapor AFP.

Dalam perlawanan itu, Fulham mendahului Spurs pada minit ke 17 apabila Fernando Llorente yang turun dalam kesebelasan utama buat kali pertama musim ini selepas ketiadaan Kane, tersilap menampan bola ke gawang sendiri.

Bagaimanapun, Alli (m51) menghasilkan gol penyamaan sebelum tandukan Winks pada minit ketiga masa kecederaan bagi memastikan Tottenham pulang dengan tiga mata.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next