GLOBALSUKANKINI

EPL: Liverpool menang, kukuh di puncak

LONDON, 20 JAN: Liverpool mencatat kemenangan 4 – 3 ke atas Crystal Palace dengan Mohamed Salah menyumbang dua gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp mengambil peluang itu bagi mengekalkan kedudukan di puncak liga dengan perbezaan tujuh mata berbanding Manchester City sebelum perlawanan pasukan itu menentang Huddersfield.

Biarpun ditentang hebat Palace dan ketinggalan pada minit ke 34 hasil jaringan Andros Townsend namun Liverpool bangkit pada separuh masa kedua dengan Salah menyamakan kedudukan dalam tempoh seminit diikuti penyerang Brazil, Roberto Firmino (m53) untuk mendahului lawan.

Palace meningkatkan cabaran dengan James Tomkins (m65) menyamakan kedudukan tetapi hantaran James Milner tidak dipersiakan Salah untuk gol ketiga Liverpool sepuluh minit selepas itu.

Walaupun beraksi dengan sepuluh pemain selepas Milner dilayangkan ked merah pada minit ke 89, Liverpool terus mengukuhkan kedudukan dengan gol keempat hasil jaringan Sadio Mane pada masa tambahan sebelum Max Meyer merapat jurang di akhir perlawanan.

Liverpool kini mengumpul 60 mata daripada 23 perlawanan di mana mereka mengatasi pencapaian terbaik sebelumnya dengan 59 mata bagi jumlah perlawanan sama pada musim 1893-94 dan 1987-88.

“Kita kekal positif walaupun ketinggalan dan hanya perlu fokus untuk mencari kemenangan pada babak kedua.

“Kita mempunyai 60 mata sekarang dan ia amat mengembirakan,” kata Kloop, dipetik AFP.


Pengarang :