GLOBAL

Hong Kong Airlines dan dua lapangan terbang Jepun tertinggi ketepatan masa 2018

SINGAPURA, 4 JAN: Hong Kong Airlines sekali lagi merangkul gelaran sebagai syarikat penerbangan paling tepat pada waktunya di Asia Pasifik dan ketiga paling tepat pada waktunya di seluruh dunia, demikian lapor OAG Punctuality League 2019 iaitu kedudukan tahunan paling komprehensif berhubung prestasi ketepatan masa (OTP) bagi syarikat penerbangan dan lapangan terbang, di seluruh dunia.

Keputusan utama termasuk:
Hong Kong Airlines (ketiga), Bangkok Airways (kelima), Qantas Airways (keenam), adalah di dalam 10 yang utama di peringkat global
Japan Airlines dan ANA disenaraikan pada kedudukan kedua dan ketiga di dalam kategori syarikat penerbangan mega global.
Haneda Tokyo meraih kedudukan teratas di seluruh dunia untuk lapangan terbang mega. Osaka menduduki tempat pertama di dalam senarai lapangan terbang besar, dengan Sapporo dan Fukuoka ditempatkan di dalam 10 teratas
Tiga syarikat penerbangan terbesar China, China Southern (ke-15) China Eastern (ke-17) dan Air China (ke-19) mencapai peningkatan OTP yang signifikan pada tahun 2018.
Tiga peserta baharu, Bangkok Airways, Air Astana dan Solaseed, melengkapkan senarai 10 Teratas di Asia Pasifik bagi OTP.
India IndiGo ditempatkan di kedudukan ketujuh di seluruh dunia bagi LCC, yang merupakan satu pencapaian yang mengagumkan memandangkan ia mengendalikan 28% lebih banyak penerbangan pada tahun 2018 berbanding tahun 2017.

Mayur Patel, Pengarah Jualan Wilayah JAPAC bagi OAG berkata, rantau Asia Pasifik kekal sebagai pasaran penumpang udara paling pantas berkembang di dunia dengan 12.6 juta penerbangan dijadualkan pada tahun 2018 mewakili peningkatan sebanyak 6.3 peratus berbanding, tahun 2017.

“Tambahan pula, terdapat 2.1 bilion tempat duduk terdapat sepanjang tahun mewakili satu peningkatan lebih besar sebanyak 7.3 peratus, di dalam kapasiti. Ekoran tekanan berterusan yang disebabkan oleh tahap pertumbuhan ini ke atas infrastruktur dan perkhidmatan, maka syarikat penerbangan serta lapangan terbang terkemuka di rantau itu sekali lagi mencapai satu aspek utama berhubung prestasi perniagaan mereka,” katanya memetik BERNAMA.

Syarikat Penerbangan Asia Pasifik yang Utama bagi Ketepatan Masa (OTP)
Kedudukan:
Syarikat Penerbangan (OTP 2018)
1 Hong Kong Airlines (88.11%)
2 Bangkok Airways (87.16%)
3 Qantas Airways (85.65%)
4 All Nippon Airways (84.43%)
5 Jetstar Asia (84.13%)
6 Japan Airlines (83.99%)
7 Air Astana (83.52%)
8 Singapore Airlines (83.46%)
9 Solaseed (82.90%)
10 IndiGo (81.70%)

Maklumat berhubung OAG:
OAG adalah sebuah pembekal data perjalanan global terkemuka yang sudah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara, sejak tahun 1929.

Beribu pejabat di United Kingdom, OAG mempunyai operasi global di Amerika Syarikat, Singapura, Jepun, Lithuania dan China.

Hubungi
Caroline Mather
OAG
E-mel: [email protected]

www.oag.com
Sumber : OAG

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

-BERNAMA-


Pengarang :