BERITA UTAMASELANGOR

Kes denggi meningkat, MB gesa berjaga-jaga

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 17 JAN: Gara-gara jumlah kes denggi di Klang yang naik mendadak, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menggesa semua pihak supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Katanya, beliau sudah mengambil maklum perkara berkenaan dan meminta EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud untuk memantau keadaan semasa.

“Kerajaan Negeri turut akan mengambil langkah wajar bersama Kementerian Kesihatan untuk menangani kes denggi ini,” katanya menerusi twitter.

Semalam, SelangorKini melaporkan daerah Klang merekodkan sejumlah 960 kes denggi, pada dua minggu pertama awal tahun ini, berbanding hanya 203 kes tempoh sama tahun lalu.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, peningkatan itu tambah membimbangkan apabila membabitkan dua kematian, di Flat Seri Bahtera, Pulau Indah.

Tahun lalu, sejumlah 101 kes dilaporkan berlaku pada minggu pertama dan 102 kes minggu kedua, di daerah Klang berbanding 413 kes minggu pertama dan 547 kes minggu kedua, bagi tahun ini.


Pengarang :