FILE – This Sept. 28, 2001, file photo of Muslim Uighur men emerging from the Id Kah mosque after prayers, in Kashgar, in China’s western Xinjiang province Friday, Sept. 28, 2001. This weekend’s bloody riot in China’s Muslim far west carries disturbing reminders of anti-Chinese violence in another troubled region — Tibet — and shows how heavy-handed rule and radical resistance are pushing unrest to new heights. The clash between ethnic Muslim Uighurs and China’s Han majority in Xinjiang that left at least 140 dead signaled a new phase in a region used to seeing bombings and assassinations by militant separatists but few mass protests. (AP Photo/Greg Baker,file)
GLOBAL

Komuniti Islam-Turki di Jerman bantah keganasan Uighur

COLOGNE, 31 JAN: Islamic Community National View (IGMG), satu daripada pertubuhan terbesar Islam-Turki di Jerman, merancang mengadakan bantahan awal bulan depan berhubung isu layanan China terhadap masyarakat Uighur.

Agensi berita Anadolu yang memetik kenyataan pengerusi IGMG, Kemal Ergun berkata, pihaknya akan mengadakan bantahan pada 2 Februari ini di 20 bandar dalam 13 negara.

Kumpulan itu dijangka membantah dasar China yang menjejaskan kehidupan masyarakat Uighur di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang, juga dirujuk sebagai Turkistan Timur dan melahirkan solidariti bersama mereka.

Dalam satu kenyataan bertulis, beliau berkata, China mencabul undang-undang hak asasi manusia antarabangsa apabila memaksa masyarakat Uighur meninggalkan agama dan budaya mereka, selain memisahkan anggota keluarga etnik itu di kem latihan.

“Komuniti antarabangsa perlu mengambil tindakan terhadap penindasan yang dilakukan oleh China. Hak asasi manusia tidak boleh dikorbankan demi menjaga hubungan ekonomi,” kata Ergun yang melahirkan kekecewaan terhadap sikap komuniti antarabangsa yang mendiamkan diri dalam isu itu.

Dalam mesyuarat pada Ogos lalu di Geneva, Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum berkata anggota masyarakat Uighur di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang yang didakwa memiliki “pandangan keagamaan yang utuh” dan idea “politik yang salah” telah dipenjarakan atau ditahan di “kem pendidikan semula” politik.

Wakil badan PBB itu berkata, sehingga 3 juta orang ditahan tanpa perbicaraan.

Badan pemantau Human Rights Watch sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan China menjalankan satu kempen besar-besaran secara sistematik dalam melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap masyarakat Turki Islam di Xinjiang.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :