NASIONAL

Kontrak hadapan emas diniaga lebih tinggi minggu depan

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniaga lebih tinggi minggu depan, berikutan ketidakpastian global.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling berkata, harga emas dijangka kekal kukuh kerana ia mungkin disokong oleh beberapa faktor utama.

“Antara faktor berkenaan ialah ketidaktentuan Brexit dan penutupan kerajaan AS yang berterusan yang menjejaskan keyakinan pasaran terhadap ekonomi global,” katanya, lapor BERNAMA.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Januari 2019 meningkat 10 mata kepada RM170.50 segram, Februari 2019, Mac 2019 dan April 2019 menambah enam mata masing-masing kepada RM170.50, RM171.00 dan RM171.10 segram.

Jumlah dagangan mingguan adalah satu lot bernilai RM16,970 berbanding empat lot bernilai RM68,140 pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka kekal pada 23 kontrak seperti minggu lalu.


Pengarang :