PBTSELANGOR

Laluan kontra Jejambat Gasing dibuka

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PETALING JAYA, 24 JAN: Satu laluan kontra dibuka antara Jejambat Gasing ke Persimpangan Jalan Templer dan Klang Lama bagi membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak.

Jabatan Kejuruteraan (bahagian lalu lintas) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataan memaklumkan, laluan kontra bermasa itu diaktifkan pada jam 5 hingga 7 petang, bermula 23 Januari dan berakhir 18 Mac ini.

“Inisiatif ini dilakukan selepas mendapat maklumbalas positif daripada pengguna jalan raya di Petaling Jaya khususnya.

“Laluan kontra ini tidak diaktifkan jika cuaca hujan atau mendung. Jika cuaca mendung, pengaktifan laluan kontra perlu mendapat ulasan dan kelulusan teknikal,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang menggunakan laluan kontra dikehendaki mematuhi arahan trafik daripada anggota penguat kuasa dan polis yang bertugas.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh hubungi Jabatan Kejuruteraan MBPJ (bahagian lalu lintas) di 03-79584221 atau talian hotline 03-79542020.


Pengarang :