NASIONAL

Lebih 2,500 mangsa banjir di 5 daerah di Sabah

KOTA KINABALU, 27 JAN: Lebih 2,500 mangsa banjir daripada 549 keluarga ditempatkan di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di lima daerah, di Sabah.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, daerah terbabit ialah Kota Marudu, Matunggong, Kota Belud, Pitas dan Sipitang.

“Di daerah Kota Marudu mencatatkan seramai 2,470 mangsa daripada 518 keluarga di 12 PPS, diikuti daerah Matunggong seramai 24 mangsa daripada lapan buah keluarga yang dipindahkan di Dewan Terbuka Matunggong,” katanya dalam kenyataan.

Sementara di Kota Belud, seramai 22 mangsa daripada 12 keluarga di tempatkan di Dewan Masyarakat Tun Said.

Di Sipitang, seramai 12 mangsa daripada tiga buah keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Sipitang.

*Sumber: BERNAMA

 


Pengarang :