SELANGOR

LZS: Mesej tular bantuan persekolahan palsu

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 5 JAN : Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan mesej berkenaan bantuan persekolahan yang tular melalui aplikasi WhatsApp disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

LZS dalam kenyataan melalui media sosial Facebook berkata, bantuan persekolahan kepada asnaf fakir miskin yang berdaftar di Zakat Selangor sudah disalurkan kepada penerima pada akhir Disember tahun lalu.

Sehubungan itu, LZS memohon semua pihak supaya tidak terus menyebarkan maklumat tidak tepat seperti ditularkan.

 

Sebarang kenyataan rasmi LZS dikeluarkan melalui laman sesawang: www.zakatselangor.com.my atau Facebook rasminya, Lembaga Zakat Selangor.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh diperoleh dengan menghubungi talian LZS di 1-300-88-4343.


Pengarang :