SELANGOR

MB: PBT Selangor proaktif pantau kebersihan restoran

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 25 JAN: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor perlu mengambil langkah proaktif dalam memantau kebersihan di premis makanan di kawasan masing-masing.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, langkah itu perlu diambil bagi mengelakkan persepsi negatif orang awam terhadap tahap kebersihan di premis makanan.

“Saya memaklumkan supaya usaha pemantauan kebersihan restoran dipertingkatkan berdasarkan kes terbaharu yang mendapat perhatian orang ramai.

“Tindakan proaktif ini saya harap dapat diteruskan ke semua daerah untuk menjamin kebersihan dan persepsi awam dapat dibentuk dengan baik apabila mereka datang makan di restoran,” katanya.

Amirudin berkata demikian selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Tanah dan Daerah Klang di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu beliau dimaklumkan Majlis Bandaraya Shah Alam mengambil tindakan tegas terhadap beberapa restoran yang gagal mematuhi peraturan kebersihan ditetapkan.


Pengarang :