SELANGOR

MBSA buka kaunter tambahan Tahun Baru Cina

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membuka kaunter tambahan pada Sabtu dan Ahad serta cuti Tahun Baru Cina sepanjang Februari depan bagi memudahkan warga kota Shah Alam menjelaskan cukai taksiran.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, pembukaan kaunter bertujuan untuk memberi peluang dan membantu pemilik harta di kawasan pentadbiran membuat pembayaran dan berurusan pada cuti hujung minggu dan cuti am.

“Pembayaran cukai taksiran boleh dibuat di Kaunter Utama, Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam.

“Kaunter bayaran juga dibuka di Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, kaunter berkenaan akan dibuka pada 2,3,5,6,9,10,16,17,23 dan 24 Februari bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Sebarang pertanyaan berhubung pembukaan kaunter tambahan ini, sila hubungi Kaunter Utama, MBSA di talian 03-5522 2724 atau 03-5522 2897,” katanya.


Pengarang :