PBTSELANGOR

MBSA juara Tarik Tali Terbuka Melaka

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 1 JAN: Pasukan tarik tali Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Tarik Tali Terbuka Melaka @ Piala Parlimen Hang Tuah Jaya 2018, pada 30 Disember lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pasukannya berjaya menewaskan pasukan Pantai Puteri dari Polis Diraja Malaysia, sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,500, medal dan piala iringan.

Katanya, kejohanan membabitkan 16 pasukan itu dianjurkan Japerun Ayer Molek Melaka dan Persatuan Tarik Tali Melaka.

“Kejayaan meraih johan ini adalah satu pencapaian memberangsangkan, sekali gus dapat meningkatkan imej Pihak Berkuasa Tempatan di mata masyarakat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, MBSA amat menggalakkan kakitangan pelbagai peringkat jawatan untuk terbabit secara langsung dalam aktiviti sukan seperti itu kerana ia dapat melahirkan individu yang cergas, sihat dan berdisiplin.

Terdahulu, pasukan tarik tali MBSA pernah menjuarai beberapa kejohanan lain anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Sungai Petani, Majlis Bandaraya Jasin dan Majlis Bandaraya Teluk Intan.


Pengarang :