SELANGOR

MBSA tunda bas dan lori halang lintas

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menunda sebuah bas dan sebuah lori dalam Operasi Bersepadu Menunda Kenderaan Berat yang diletakkan di bahu-bahu jalan di Seksyen U13, semalam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, operasi yang dijalankan secara berkala itu bertujuan untuk mengesan dan membanteras masalah kenderaan berat yang diletakkan di kawasan awam seperti bahu atau menghalang jalan, kawasan kediaman serta rizab jalan.

“Kenderaan berat ini turut mengakibatkan kekurangan tempat letak kereta di kawasan kediaman khususnya kediaman bertingkat,menyebabkan kerosakan kawasan hijau atau rizab, menghalang lalu lintas serta mengehadkan pemandangan akibat saiz kenderaan besar,” katanya dalam kenyataan.

Operasi ini turut melibatkan kakitangan daripada Jabatan Penguatkuasaan, Bahagian Perundangan, Pejabat Cawangan Setia Alam serta agensi luar seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurutnya, penundaan kenderaan berat ini dilakukan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi kenderaan berat yang tidak dialihkan, kenderaan tersebut akan ditunda dan dikompaun RM2,300 manakala caj bagi simpanan di depoh RM50.00 sehari.


Pengarang :