SUKANKINI

Osaka juara Terbuka Australia 2019

MELBOURNE, 26 JAN: Pemain Jepun, Naomi Osaka memenangi Terbuka Australia 2019 selepas menewaskan Petra Kvitova dalam perlawanan akhir yang mendebarkan, sebentar tadi.

Kejuaraan itu sekali gus melayakkan pemain berusia 21 tahun itu meraih kedudukan nombor satu dunia, pertama dari Asia.

Beliau menduduki tangga teratas selepas kejayaan sulungnya di Terbuka Amerika Syarikat dengan kemenangan 7-6, 5-7, 6-4.

Sementara Kvitova, pemain dari Republik Czech sebelum ini pernah meraih gelaran kedua Wimbledon, pada 2014.

Osaka dan Kvitova adalah dua nama besar dalam sukan tenis, sekali gus bersaing sengit dalam perlawanan itu.


Pengarang :