NASIONAL

Pasport hilang bakal didenda RM300 hingga RM1,200

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 5 JAN: Pejabat Peguam Negara mengenakan denda antara RM300 hingga RM1,200 terhadap individu kehilangan pasport, berkuatkuasa Rabu lalu.

Perintah dikeluarkan Setiausaha Jemaah Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dimaklumkan menerusi lawang sesawangnya, http://www.agc.gov.my

Dalam kenyataan itu, perintah terbabit juga mengenai kerosakan pada dokumen seperti terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 bertarikh 20 Disember tahun lalu.

Berdasarkan perintah itu, individu kehilangan dokumen berkaitan buat pertama kali, dikenakan denda RM400 manakala kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan pelajar 21 tahun menuntut di luar negara didenda RM300.

Sementara bagi penggantian pasport kali kedua, individu terbabit didenda RM700 manakala RM1,200 (penggantian kali ketiga).

Kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan pelajar 21 tahun menuntut di luar negara pula dikenakan denda RM600 untuk penggantian kali kedua serta RM1,100 (penggantian kali ketiga).


Pengarang :