NASIONAL

PDRM umum pertukaran dua pegawai kanan

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan dua pegawai kanannya berkuat kuasa 4 Mac ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata pertukaran itu melibatkan Juruiring Polis kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Datuk Che Yussof Che Ngah.

“Beliau akan bertukar jawatan sebagai SAC Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Asmawati berkata, pertukaran turut membabitkan Juruiring Polis kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, SAC Azizi Mat Aris yang akan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :