SELANGOR

Pemimpin turut terjebak #10yearschallenge

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 16 JAN: Cabaran #10yearschallenge yang kini tular di media sosial turut menjadi ikutan pemimpin, di negara ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari melalui laman instagram peribadinya dilihat memuat naik gambar, pada 2009 bagi menyahut cabaran berkenaan.

Netizen yang menjadi pengikut di laman media sosialnya memberi komen tiada perubahan besar pada Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu melainkan hanya reka bentuk cermin matanya sahaja.

Selain Amirudin, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut menyertai cabaran berkenaan melalui laman facebooknya.

Orang ramai di ruang komen memberitahu bekas Dato’ Menteri Besar Selangor itu melalui pelbagai perubahan termasuk fizikal dan kedudukan.

Salah seorang daripadanya, Baharuddin Ishak berkata, selain kelihatan lebih matang, Mohamed Azmin juga berubah daripada menjadi ADN kepada Menteri Besar sehingga menteri kabinet.


Pengarang :