GLOBAL

Pihak berkuasa Libya rampas 8 tan dadah hasyis

TRIPOLI, 7 JAN: Pihak berkuasa Libya merampas lapan tan dadah hasyis yang disembunyikan dalam dua kontena di sebuah pelabuhan di bandar Misurata, pada Ahad lalu.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kastam Misurata, dadah itu ditemui dalam 260 beg yang disembunyikan dalam kedua-dua kontena.

Kenyataan sama turut menyebut pihak berkuasa sudah memusnahkan kesemua dadah yang dirampas, lapor agensi berita China Xinhua.

Pada Oktober 2018, pihak berkuasa di Misurata merampas berjuta-juta pil dadah yang dipercayai berasal dari Turki, penghantaran terbesar yang pernah disita di Libya.

Walaupun kawalan keselamatan agak lemah di pelabuhan Libya, dadah dan narkotik sering dirampas pihak berkuasa ketika berlaku percubaan untuk menyeludup masuk bahan terlarang itu ke negara terbabit.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :