SUKANKINI

PL: Man City terus kejar Liverpool

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 15 JAN: Manchester City terus memberikan tekanan dalam usaha mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi di Stadium Eitihad awal pagi tadi.

Gabriel Jesus memberikan permulaan sempurna buat tuan rumah dengan gol awal pada mint ke-10 apabila mudah menampan hantaran Leroy Sane.

Beliau menggandakan jaringan pada minit ke-39 dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas pertahanan lawan menjatuhkan Rahem Sterling.

Babak kedua terus menyaksikan penguasaan The Citizen apabila menambah jaringan ketiga di minit ke-78 hasil tampanan Conor Coady ke gawang sendiri ketika cuba menafikan percubaan Kevin De Bryune.

Kemenangan ini mengekalkan kedudukan skuad bimbingan Pep Guardiola di tangga kedua dengan perbezaan empat mata di belakang Liverpool selain menjarakkan kedudukan lima mata dari Tottenham Hotspur.

KREDIT FOTO: PREMIER LEAGUE


Pengarang :