NASIONAL

PM lancar silender LPG lebih selamat, efisien

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Selepas lebih 45 tahun menggunakan silinder gas petroleum cecair diperbuat daripada besi, masyarakat pengguna di Malaysia kini mempunyai pilihan untuk beralih kepada silender komposit.

Silender komposit keluaran Astana City Group Sdn Bhd (ACGAS) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu popular digunakan di Amerika Syarikat, Jepun, Australia,Thailand dan negara Eropah.

Mahathir berkata, silinder LPG itu juga memiliki ciri keselamatan lebih baik berbanding silender LPG besi.

“Walaupun diperbuat daripada komposit, namun ianya boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama sehingga 30 tahun berbanding silinder biasa hanya 10 tahun sahaja di mana ini membantu usaha pemuliharaan alam sekitar.

“Silender LPG ini juga lebih selamat, tidak meletup dan beberapa kelebihan lain lagi,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran LPG Komposit ACGAS di Hotel Royal Chulan, di sini, hari ini.

Mahathir berkata, kerajaan turut terlibat membantu ACGAS untuk mengeluarkan produk terbabit.

Katanya, pengeluaran produk oleh ACGAS ini juga memberi kesan positif kepada ekonomi negara dengan mengurangkan aliran keluar wang negara.

“Apabila kita keluarkan produk tempatan, kita juga mengurangkan import sekaligus wang kita tidak mengalir keluar negara,” katanya lagi.

Antara ciri istimewa lain dimiliki silender LPG ACGAS ini seperti tahan karat, ringan, pembakaran yang cekap, mempuyai bacaan isipadu gas, kepala gas pintar, bebas karat, sesuai untuk kegunaan memasak di rumah dan aktiviti luar.


Pengarang :