NASIONAL

Post mortem kaji kekalahan di Cameron Highlands

SEREMBAN, 27 JAN: Pakatan Harapan (PAKATAN) perlu mengadakan post mortem bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan calon parti itu, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, semalam.

Pengerusi PAKATAN Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penilaian berkenaan penting bagi memastikan parti itu dapat merangka strategi lebih berkesan, pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Selangor, pada 2 Mac ini.

“Bagi saya kita perlu terima keputusan rakyat walaupun kita tahu Cameron Highlands adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama dan PAKATAN tidak pernah menang di sana.

“Namun, kekalahan PAKATAN tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras bahawa rakyat sudah muak dengan parti,” katanya lapor BERNAMA.

Ramli Mohd Nor (BN) yang memprolehi 12,038 undi mengalahkan tiga calon lain, M Manogaran (PAKATAN) 8,800 undi dan dua calon Bebas Sallehudin An Talib, 314 undi dan Wong Seng Yee, 276 undi.


Pengarang :