GLOBAL

Pusat peranginan ski terbakar, dua terkorban, 25 cedera

LYON, 21 JAN: Dua orang terkorban manakala 25 mangsa lagi mengalami kecederaan dalam kejadian kebakaran di pusat peranginan ski Courchevel, banjaran Alps Perancis, semalam.

Laporan agensi AFP memaklumkan, pihak berkuasa tempatan berkata, daripada 25 mangsa itu, empat daripadanya cedera parah dengan tiga daripadanya dikejar ke hospital dengan helikopter.

Turut dinyatakan, pihak Bomba mengesan dan menjumpai dua mayat yang tidak dikenal pasti di kawasan bangunan yang terbakar, di lokasi stesen ski mewah Courchevel 1850.

Lebih 130 anggota Bomba dikatakan menyertai operasi mengatasi kebakaran itu.

Kebakaran dilaporkan terjadi pada awal pagi memaksa kira-kira 60 pekerja pusat peranginan termasuk warga asing dipindahkan daripada bangunan penginapan tiga tingkat.

Bagaimanapun, setakat ini punca kebakaran masih tidak diketahui.


Pengarang :