Ribut rosakkan 11 rumah di Seremban | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ribut rosakkan 11 rumah di Seremban

SEREMBAN, 13 JAN: Sebanyak 11 buah rumah di tiga taman perumahan, di sini rosak selepas dilanda ribut, pada jam 2.30 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seremban, dalam kenyataan kepada BERNAMA berkata, Rumah Rakyat Sikamat adalah kawasan terjejas dengan tujuh daripada keseluruhan 11 kediaman rosak akibat ribut.

“Tujuh rumah itu membabitkan tujuh keluarga dengan 12 lelaki dewasa, wanita dewasa (11), kanak-kanak lelaki (tujuh) dan kanak-kanak perempuan (empat).


“Dua lagi taman perumahan ialah Taman Desa Permai dan Taman Desa Rhu yang masing-masing dua rumah rosak. Bagaimanapun, kesemua 43 mangsa selamat dan enggan berpindah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan, Left Kol (PA) Fazlisyah Muslim berkata, angin kuat disusuli ribut melanda Rumah Rakyat Sikamat, Taman Desa Permai dan Taman Desa Rhu antara jam 3 hingga 4 petang semalam.

“Kesemua mangsa enggan berpindah menyebabkan tiada pusat pemindahan dibuka.

“Ekoran kejadian itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat turun ke lokasi dan mengagihkan khemah kepada mangsa terjejas petang semalam,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next