GLOBAL

Ribut salji teruk, penduduk California diarah pindah

NEW MEXICO, 16 JAN: Penduduk di daerah Los Angeles dan Santa Barbara diarah berpindah susulan ancaman banjir lumpur ekoran ribut kategori lima, mulai esok, yang diramal membawa salji setebal lebih dua meter.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) berkata, salji tebal dijangka melanda pergunungan Sierra Nevada, California, selain hujan lebat sebanyak 7.6 sentimeter di beberapa kawasan di Los Angeles dan Wilayah Ventura.

“Kawasan pergunungan Santa Monica diramal mengalami hujan setinggi 11.4 sentimeter,” lapor NWS.

Berikutan itu, NWS menjangkakan banjir kilat dan runtuhan batu bakal berlaku di sekitar Los Angeles, sekali gus mengakibatkan beberapa jalan raya akan ditutup dan menjejaskan sistem perhubungan.

*Sumber: BHOnline/Reuters

 


Pengarang :