EKONOMINASIONALRinggit

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.20 pagi ini, ringgit berada pada paras 4.1080/1120 berbanding 4.1100/1140 sewaktu ditutup pada Selasa.

Beliau berkata, pedagang memilih untuk tidak aktif dan mengelak daripada mengambil sebarang langkah penting menjelang mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang menjadikan dolar AS lebih lemah berbanding mata wang utama lain.

Katanya, Fed juga dijangka mengekalkan kadar faedah selepas mencatat kenaikan sebanyak empat kali, pada tahun lalu.

“Para pedagang lebih memilih kedudukan selamat berikutan penyusutan saham global akibat kebimbangan terhadap pertumbuhan serta dan penurunan harga minyak mentah,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0385/0425 berbanding 3.0397/0429 pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.6963/7012 berbanding 4.7018/7068.

Unit tempatan itu turut meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7543/75948 daripada 3.7548/7595 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3749/3818 daripada 5.4108/4177.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :