NASIONAL

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan hari ini dalam keadaan sentimen pasaran bercampur-campur, kata peniaga.

Pada 9.30 pagi, ringgit kekal pada 4.0940/0980 berbanding dolar AS, seperti yang dicatatkan ketika penutup pasaran pada 11 Januari lalu.

Peniaga berkata, sentimen dipengaruhi oleh dolar AS yang lemah, berikutan prospek suram bagi kenaikan kadar faedah tahun ini, ditambah kenaikan harga minyak mentah memandangkan penanda aras, minyak mentah Brent naik meningkat 0.07 peratus kepada US$60.52 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0283/0320 daripada 3.0297/0338 yang dicatatkan pada Jumaat, dan tinggi berbanding euro kepada 4.6975/7025 daripada 4.7155/7217.

Unit tempatan menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.7795/7843 daripada 3.7785/7832 serta rendah berbanding pound Britain kepada 5.2641/2696 daripada 5.2203 / 2270.

– BERNAMA

 


Pengarang :