EKONOMINASIONAL

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1050/1100 berbanding 4.1225/1275 pada penutupan Jumaat.

Seorang peniaga berkata dolar AS berada dalam tekanan memandangkan kerajaan AS masih ditutup.

“Dolar AS juga lemah disebabkan unjuran dasar Rizab Persekutuan (Fed). Fed merancang untuk menamatkan program pengurangan lembaran imbangannya lebih awal daripada jangkaan,” katanya, lapor BERNAMA.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain, kecuali dolar Singapura, dengan ringgit mengukuh kepada 3.0338/0386 berbanding 3.0346/0385 pada Jumaat lepas.

Nota tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7550/7599 daripada 3.7542/7598, merosot berbanding pound British kepada 5.4198/4268 daripada 5.3935/4004 dan rendah berbanding euro pada 4.6854/6916 daripada 4.6704/6769 sebelumnya.


Pengarang :