SUKANKINI

Ronaldo julang trofi pertama bersama Juventus

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 17 JAN: Cristiano Ronaldo menjulang trofi pertama bersama Juventus selepas menewaskan musuh tradisi AC Milan 1-0, dalam aksi final Italian Super Cup awal pagi tadi.

Lebih manis, jaringan tunggal kemenangan itu dihasilkan sendiri Ronaldo menerusi tandukan, pada minit ke-61 di King Abdullah Sports City, Arab Saudi.

Aksil final turut dicemari dengan layangan tujuh kad kuning dengan empat daripadanya dikutip pemain Milan.

Malang buat Milan yang terpaksa beraksi 10 pemain selepas Franck Kessie dilayangkan kad merah, pada minit ke-74 apabila pengadil, Luca Banti menukar keputusan awal memberikan kad kuning selepas menonton semula tayangan video kekasaran yang dilakukan terhadap Emre Can.

Kredit Foto: Getty Image


Pengarang :