PBTSELANGOR

SAOW di Plaza Shah Alam, Sabtu ini

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 JAN: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, SAOW itu akan beroperasi mulai jam 11 pagi hingga 5 petang.

Katanya, SAOW adalah platform yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat Bergerak SAOW ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan.

“Antaranya semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir serta sebagainya,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

 


Pengarang :