SELANGOR

SAOW di Tesco Setia Alam Sabtu ini

OLEH NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 14 JAN: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Tesco Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, pada Sabtu ini.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan SAOW itu merupakan platform yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.
“Ia akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan serta jualan kupon parkir.
“Melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Waktu pengoperasian pejabat bergerak itu akan bermula dari jam 11 pagi hingga jam 5 petang.

Pengarang :