SELANGOR

Selamat Hari Ponggal – MB

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 15 JAN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengucapkan Selamat Hari Ponggal buat masyarakat India di negeri ini.

“Selamat menyambut pesta ini yang menandakan tanda kesyukuran terhadap kurniaan diterima pada musim tuai serta mengingati jasa baik warga petani yang telah bekerja kuat,” tulisnya di laman twitter peribadi miliknya, hari ini.

Secara tradisi, Ponggal dirayakan oleh penduduk (petani dan penternak) di Tamil Nadu dan Andra Pradesh, India.

Bagaimanapun, keadaannya agak berbeza kini kerana Ponggal disambut oleh hampir semua penduduk kaum India tanpa mengira keturunan dan batas geografi.

Ponggal diakui adalah Pesta Menuai dan disambut pada permulaan bulan Thai (Januari/Februari) mengikut kalendar Tamil.

Sementara di Tamil Nadu, Ponggal adalah jauh lebih penting dan meriah berbanding Deepavali. Ada juga kelompok yang menganggap Ponggal sebagai tarikh tahun baharu.


Pengarang :