BERITA UTAMASELANGOR

Selangor sumbang RM320,000 kepada 32 institusi Islam Paya Jaras

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 11 JAN: Kerajaan Negeri menghulurkan sumbangan RM320,000 kepada 32 institusi Islam di Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, hari ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sumbangan itu diberikan berikutan peranan penting dimainkan institusi terbabit dalam masyarakat di Selangor.

“Masjid, surau dan sekolah agama memainkan peranan penting dalam membina masyarakat berilmu dan berguna kepada negara.

“Saya percaya sumbangan ini mampu membantu meningkatkan syiar Islam di Selangor,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Institusi Agama Sempena Program Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah di sini.

Institusi terbabit terdiri daripada lima masjid, 20 surau dan tujuh sekolah rendah agama serta kelas asas fardhu ain intergrasi.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, sumbangan diterima kali ini adalah yang terbesar pernah di terima nstitusi agama Islam di Paya Jaras sejak 10 tahun lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri menghulurkan sumbangan kepada masjid, surau dan sekolah agama di sini.

“Semua institusi Islam di sini dapat merasai sumbangan terbesar ini,” katanya.

 


Pengarang :