PBTSELANGOR

Shah Alam On Wheel di Giants Seksyen 18 Sabtu ini

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyediakan pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) bagi memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, SAOW itu akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan kemudahan lain.

“Perkhidmatan ini akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Pasaraya Giants, Seksyen 18, di sini, pada 12 Januari ini.

“Waktu pengoperasian pejabat bergerak ini bermula dari jam 11 pagi hingga jam 5 petang,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berharap, melalui perkhidmatan itu ia akan dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :