SELANGOR

‘Shuttle Service Ke Sekolah’ kembali beroperasi

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PETALING JAYA, 8 JAN: Perkhidmatan PJ City Bus ‘Shuttle Service Ke Sekolah’ kini beroperasi seperti biasa sempena musim kembali ke sekolah 2019.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataan memaklumkan, perkhidmatan secara percuma itu bermula sejak 2 Januari lalu dengan dua kali kekerapan iaitu pada jam 6.30 pagi dan 1 tengahari, sepanjang hari bekerja atau sekolah.

“PJ City Bus PJ01 akan memulakan semula laluan ke 11 buah sekolah dan laluan bermula dari Hab Taman Medan PJS 3/2 membabitkan SRA Taman Medan, SK Petaling Jaya, SRK (1&2) Jalan Selangor, SRK (1&2) Assunta, SRK & SMK LA Salle, SMJK Katholik, SK (1&2) Alam Shah, SMK Sultan Abdul Samad, SRK (1&2) Sri Petaling dan SMK (L) Bukit Bintang.

“PJ City Bus PJ02 pula memulakan laluan ke empat buah sekolah dengan laluan bermula dari Perhentian Bas Public Bank SS 2/75 membabitkan SMK Sultan Abd Samad, SK Sri Petaling, SMK (L) Bukit Bintang dan SK 2 Sultan Alam Shah.

“Sementara itu, perkhidmatan PJ City Bus PJ03 memulakan laluan ke empat buah sekolah dengan laluan bermula dari Hab Stesen LRT Taman Bahagia, meliputi SMK Kelana Jaya, SK Kelana Jaya, SMK Sri Permata dan SMK Taman Sea.

“Manakala, PJ City Bus PJ04 memulakan laluan ke enam buah sekolah dengan laluan juga bermula dari Hab Stesen LRT Taman Bahagia termasuk SMK Sri Permata, SK Kg Tunku, SMK Taman Sea, SMK (P) Sri Aman, SMK Sri Utama serta SRA Kg Baiduri,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkhidmatan terbabit, boleh menghubungi Bahagian Perancangan Pengangkutan Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ di talian 03- 79563544 sambungan 357/353.

 


Pengarang :