SELANGOR

Sidang Dewan Negeri Selangor bermula 18 Mac

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 3 JAN Persidangan Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor (DNS) dijadual bermula pada 18 hingga 29 Mac ini.

Speaker DNS, Ng Suee Lim berkata, pembukaan sidang itu dijangka akan disempurnakan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, antara yang turut dijadualkan ialah pelantikan timbalan speaker baharu setelah Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dilantik sebagai EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

“Berhubung dengan cadangan kenaikan elaun ADN pula, kita sedang mempertimbangkan cadangan terbabit dan saya akan menghantar surat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Begitu juga dengan status ADN yang bertambah daripada 52 kepada 54 orang kali ini,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Bagi membolehkan rakyat Selangor mengikuti persidangan kali ini, Kerajaan Negeri turut menayangkan secara langsung melalui Selangor TV Live di laman sesawang selangortv.my atau YouTube.


Pengarang :