NASIONAL

SK Sualok di Beluran masih tutup ekoran banjir

SANDAKAN, 17 JAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Sualok di Beluran, kira-kira 120 km dari sini, masih ditutup ekoran hujan, sejak 15 Januari lalu.

Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin berkata, sekolah itu antara tiga sekolah yang ditutup semalam termasuk SK Basai dan SK Botiton.

“Bagaimanapun, SK Basai dan SK Botiton dibuka semula hari ini.

“Hanya SK Sualok masih belum boleh beroperasi seperti biasa kerana keadaan sekitar sekolah masih terdapat air yang bertakung,” katanya dalam kenyataan, lapor BERNAMA.

Mistirine berkata, jumlah murid dan guru yang terjejas di SK Sualok ialah 197 murid dan 14 guru.

Katanya, SK Pamol yang membabitkan 283 murid dan 22 guru, turut terjejas dengan kawasan sekolah dinaiki air, namun sesi pengajaran serta pembelajaran dipindah juga dijalankan di dewan sekolah berkenaan.

 


Pengarang :