Sgt. Kyle Cabral, a combat medic with 3rd Battalion, 1st Security Force Assistance Brigade, advises an actor serving as a member of the Afghan National Army as they tend to a simulated soldier supposedly injured by a vehicle-born improvised explosive device along the route to their unit’s mission during training at the Joint Readiness Training Center at Fort Polk, Louisiana, U.S., January 23, 2018. Picture taken January 23, 2018. Spc. Noelle E. Wiehe, 50th Public Affairs Detachment, 3rd Infantry Division/U.S. Army/Handout via REUTERS
GLOBAL

Tentera AS terbunuh dalam pertempuran di Afghanistan: Pentagon

WASHINGTON, 23 JAN: Seorang anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam misi pertempuran di Afghanistan pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Jabatan Pertahanan AS tanpa mendedahkan nama mangsa.

“Selaras dengan dasar Jabatan Pertahanan AS, nama anggota perkhidmatan yang terkorban semasa bertugas tidak akan didedahkan sehingga 24 jam selepas pemberitahuan kepada waris disempurnakan,” kata Pentagon dalam kenyataan itu.

Ini adalah insiden kedua pada tahun ini yang menyaksikan anggota tentera AS terbunuh dalam operasi ketenteraan di Afghanistan.

Seorang anggota tentera AS berpangkat Sarjan iaitu Cameron Meddock meninggal dunia pada Khamis di Landstuhl, Jerman akibat kecederaan yang dialami pada 13 Januari di Wilayah Badghis, Afghanistan.

AS telah mengekalkan sejumlah 14,000 anggota tentera di Afghanistan, sebahagian besarnya menyediakan misi latihan kepada pasukan keselamatan tempatan Afghanistan dan pada masa sama turut menjalankan operasi antikeganasan terhadap kumpulan pengganas seperti Al Qaeda dan Daesh.

Seorang penyerang bunuh diri Taliban pada pagi Isnin telah merempuh sebuah balai yang menempatkan Pasukan Khas Afghanistan di Maidan Shar, ibu kota Wilayah Wardak di bahagian timur negara itu dengan sebuah kenderaan tentera yang dirampas sebelum itu dan sarat dengan bahan letupan, menyebabkan sekurang-kurangnya 32 anggota keselamatan terbunuh manakala lebih 70 orang lagi cedera.

Pentadbiran AS telah mengarahkan pihak tentera agar mengurangkan kira-kira separuh daripada jumlah anggotanya di Afghanistan pada Disember, apabila Presiden Donald Trump turut mengumumkan pelan kontroversi untuk mengundurkan tentera AS dari Syria, yang menyaksikan keganasan meletus semula di negara itu.

Empat rakyat Amerika terbunuh minggu lepas dalam satu insiden letupan bunuh diri di Manbij, sebuah pekan di utara Syria yang dikuasai sebuah kumpulan militia yang bekerjasama dengan puak Kurdish yang disokong AS.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :