UMW muktamad langkah keluar daripada sektor gas dan minyak | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

UMW muktamad langkah keluar daripada sektor gas dan minyak

KUALA LUMPUR, 3 JAN: UMW Holdings Bhd mengumumkan penggulungan tiga lagi anak syarikatnya yang tidak tersenarai di bawah segmen minyak dan gas.

Anak syarikat berkenaan ialah Arabian Drilling Services LLC, UMW Middle East Ventures Holdings WLL dan UMW Oil & Gas Bhd.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Badrul Feisal Abdul Rahim berkata, langkah itu selaras perancangan strategik UMW untuk keluar daripada pelaburannya dalam segmen minyak dan gas yang tidak tersenarai.


Katanya, ia juga salah satu usaha kumpulan bagi memuktamadkan langkah keluar sepenuhnya daripada sektor itu mencapai kemajuan signifikan dan berjalan lancar.

“Berikutan itu, kami akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif strategik untuk momentum keuntungan lebih baik, dengan penekanan terhadap pengkukuhan perniagaan teras kami yang berkembang pesat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, UMW melaksanakan penggulungan sukarela empat anak syarikatnya iaitu UMW Coating Technologies (Tianjin) Co Ltd, PFP (Shenzhen) Piping Materials Co Ltd, UMW China Ventures (L) Ltd dan UMW Offshore Investment (L) Ltd.

Untuk masa hadapan, UMW akan menumpukan pada pertumbuhan jangka panjang menerusi peluasan dan inovasi membabitkan semua portfolionya, diseimbangkan dengan pendekatan berdisiplin terhadap pelaburan modal.

*Sumber: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next