NASIONAL

Warga emas rugi RM8,000 diperdaya ‘parcel scam’

KUCHING, 13 JAN: Seorang warga emas kerugian RM8,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘parcel scam’ daripada seorang kenalan Instagram di sini, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Sarawak, Supt Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, mangsa berusia 61 tahun itu mendakwa berkenalan rapat dengan seorang lelaki dikenali sebagai John Lee, sejak Oktober lalu.

“Pada bulan sama, mangsa menerima mesej daripada John Lee yang mengatakan dia ada menghantar parcel mengandungi wang tunai, beg dan Iphone.

“Mangsa turut menerima panggilan telefon dan WhatsApp daripada seorang individu tidak dikenali yang memintanya memasukkan sejumlah wang ke dalam tiga akaun bank tempatan, sepanjang tempoh 22 Oktober hingga 7 Januari untuk membolehkannya menuntut barang pemberian lelaki berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, hari ini, lapor BERNAMA.

Mustafa berkata, mangsa yang menyedari dirinya ditipu sudah membuat laporan polis semalam.

 


Pengarang :